Teruk Dikecam Kerana Kenyataan ‘Wanita Tak Dilahirkan Untuk Memimpin’, Ini Penjelasan Anak Zahid

1 Jun 2022 • 1:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak semalam (30 Mei), nama anak Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi iaitu Datuk NurulHidayah Zahid hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya gara-gara satu kenyataan yang dikeluarkan NurulHidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Nurul dalam satu video yang mendakwa bahawa golongan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin sebaliknya ia lebih layak disandang oleh lelaki.

“Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Ya, wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin,” kata Nurul.

Menerusi klip tersebut yang merupakan satu video teaser bagi program temu bual ‘Politically Frank’ anjuran Sinar Daily, dia turut mengeluarkan pendapat yang wanita juga berhak mendapat hak sama rata kerana kita semua adalah manusia.

“Lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Pada saya, setiap wanita sepatutnya mendapat hak kemanusiaan serta hak wanita kerana kita semua adalah manusia,” katanya lagi.

Apa yang disampaikannya itu bagaimanapun disifatkan oleh netizen sebagai mengelirukan dan sukar difahami.

Malah ada yang merasakan ayat itu langsung tidak berasas dan hanya cakap kosong.

image is not available

image is not available

Tampil beri jawapan penuh

Sedar dirinya dikecam hebat, Nurul kemudiannya tampil menerusi satu hantaran di Instagram bagi memperjelaskan kenyataan terdahulunya.

Menurut Nurul, ayat yang dikeluarkannya merujuk kepada satu Firman Allah dalam surah al-Nisa, ayat 34 yang bermaksud : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberi nafkah sebahagian dari harta mereka”.


‘Jadi sebahagian pasukan tak salah tapi tak sesuai pegang tampuk kepimpinan’

Jelasnya, untuk menjadi sebahagian dari pasukan kepimpinan tidak menjadi masalah, namun jawatan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri adalah tidak bersesuaian.


“Untuk menjadi sebahagian dari pasukan kepimpinan menurut pendapat saya tidak menjadi masalah, sebagai contoh Ahli Parlimen(MP), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pemilik syarikat sekali pun.

“Yang saya maksudkan adalah pucuk kepimpinan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan yang seangkatan dengannya,” tulis Nurul pada ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, walau setinggi mana dan sehebat mana seseorang wanita itu, mereka haruslah menjadi wanita yg sentiasa menjadi pendukung kejayaan dan kelemahan bagi mereka yang bergelar lelaki.