(VIDEO) “Limited Edition” – Pelanggan Bagi Duit ‘Rare’, Netizen Suruh Peniaga Halalkan

Technology
9 Jun 2022 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Izzudin Radin yang memaparkan duit yang diterima daripada pelanggan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Izzudin yang terlalu sibuk berniaga sehingga tidak menyedari dia sudah menerima duit bernilai RM10 yang ‘pelik’.

Malah, dia terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggan yang mungkin tersalah memberikan duit itu.

image is not available

Tengah-tengah meniaga tak perasan ada orang bagi duit rare macam ni.

Difahamkan, duit bernilai RM10 yang terkoyak itu telah dicantumkan semula dengan menggunakan duit yang sama menggunakan sellotape.

@izzudinradin

Tengah2 meniaga tak perasan ada orang bgi duit rare macam nih.lai lai lai sapa nak beli duit unit ni?

? bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meninggalkan reaksi positif dengan bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Untung la, duit kome ada 2 agong – Netizen.

Susah nak dapat duit 2 kepala tu.. huhuhuhu.. biasa lah kalau berniaga ni macam-macam jumpa duit orang bagi.. sabar je lah,” tulis seorang warganet.

Ikhlaskan jer bang semoga Allah melipat gandakan rezeki abang selepas ni amiin,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Misteri Terungkai" - Pekerja Bergaduh, Kucing Mati Berturut-Turut, Rupa-Rupanya Kedai Kena Sihir