Wanita hamil maut ditembak

5 Jun 2022 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MACHANG - Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi salah satu motif seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di perut di Kampung Teresek, Repek di sini pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan rapat dengan mangsa untuk membantu siasatan.

"Kita telah mendapat perintah tahanan reman selama lima hari bermula Ahad untuk membantu siasatan.

"Suspek telah memberikan kerjasama baik semasa pihak polis mahu menahannya untuk proses siasatan," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang yang baharu antara Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah dengan Superintendan Mohd Rosli Mat.

Menurutnya, urusan perniagaan turut dilihat menjadi salah satu motif kepada kejadian ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang dijalankan.

Muhamad Zaki berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved