#MAHKAMAHNETIZEN “Mana Pergi Dron RM2 Juta?”- Rakyat Bengang Tengok Kilang Cemarkan Sungai Terlepas

2 Jun 2022 • 1:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Malam tadi kami ada kongsikan satu rakaman video dari seorang juruterbang yang menunjukkan keadaan sungai Klang yang bertukar menjadi hitam dan kotor akibat sisa buangan kilang sekitar kawasan berkenaan.

Disebabkan itu, #MAHKAMAHNETIZEN hari ini ingin berkongsi pandangan dari rakyat Malaysia yang tentunya berasa marah dan geram dengan pihak yang bebas melakukan apa sahaja.

Mana pergi drone puluh juta?

Mengambil komen dari seorang netizen, dia mendakwa pihak berwajib sebelum ini pernah menyatakan pembelian drone bagi memantau pencemaran sungai Selangor 24 jam sehari.

image is not available

Pada penghujung tahun 2020, Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam negeri, Hee Loy Sian pernah menyatakan kawasan-kawasan sungai sekitar Selangor akan dipantau dengan dron. Ini termasuklah Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu ambil tindakan segera!

image is not available

Sedih betul bila tengok keadaan sungai kita dari atas udara. Ini baru satu kawasan, tak tahulah macam mana keadaan sungai tempat lain. Harap dengan kuasa viral netizen Malaysia, tindakan dapat diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article