Pematuhan Isu Buruh: MARGMA Komited Sepenuhnya

4 Jun 2022 • 4:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar dari margma.com.my

KUALA LUMPUR - Pematuhan berkaitan isu buruh sememangnya menjadi komitmen penuh Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), bagi memastikan ia mampu mewujudkan suasana kerja baik dan saksama.

Malah, persatuan itu sentiasa berusaha menjadi antara industri pertama di rantau ini yang menerapkan pematuhan sosial sebagai ciri jualan uniknya.

Presiden MARGMA, Dr Supramaniam Shamugan berkata, persatuan itu menerajui usaha tersebut sejak 2018 apabila ia mendukung dasar sifar hutang.

“MARGMA juga memulakan langkah pemulihan yang dijalankan setiap ahlinya bagi memisahkan mereka daripada stigma buruh paksa, menggunakan 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan buruh paksa sebagai prinsip panduan.

“Industri ini sememangnya sedang bergerak menuju ke arah hala tuju betul dan pastinya akan menjadi industri model untuk dicontohi dalam tadbir urus tenaga kerja yang saksama,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Supramaniam berkata, MARGMA berhasrat bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Bagi tujuan itu, katanya, persatuan itu sudah mengadakan pertemuan  dengan CBP untuk perbincangan baru-baru ini.

Menurut Supramaniam, MARGMA sudah membentuk unit alam sekitar, sosial dan tadbir urus, selain mewujudkan pasukan petugas khas untuk mendidik serta menyedarkan secara aktif ahli dan pekerja mereka mengenai 11 petunjuk ILO berkaitan buruh paksa. 

“Usaha aktif ini dilakukan menerusi perkongsian dengan ILO, AS, United Kingdom serta kedutaan dan suruhanjaya tinggi Kesatuan Eropah di Malaysia,” katanya. – Getaran, 4 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved