Mayat Wanita Terbakar Ditemui Di Tepi Sungai, Dipercayai Mangsa Bunuh

1 Jun 2022 • 10:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Mayat seorang wanita ditemui di kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu, Simpang Lawin, Kuala Kangsar, dalam keadaan terbakar dan dipercayai merupakan mangsa bunuh.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, walau bagaimanapun, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati bahawa wanita itu dipercayai mati dibunuh dan dibakar di tempat yang sama mangsa ditemukan.

Daripada penelitian awal berdasarkan fizikal, mangsa dipercayai wanita berbangsa India. Bagaimanapun, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat untuk mencari punca sebenar menegenai kematian mangsa dan akan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, Datuk Mior meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga mahupun mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved