9 Selebriti Malaysia Bergelar Penulis Buku

12 Jun 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) yang sedang berlangsung dengan meriahnya minggu ini, kami di Getaran ingin sama-sama meraikan ‘hari raya’ penulis, penerbit dan pencinta buku tanah air. 

Sedar atau tidak, beberapa karya hasil tulisan selebriti terkenal tanah air juga pernah dijual serta mendapat perhatian semasa PBAKL tahun-tahun sebelum ini. Ada yang pernah memenangi anugerah, namun ada juga yang pernah mencipta kontroversi kerana karyanya tidak menepati jangkaan pembaca.

Berikut kami senaraikan antara selebriti tanah air yang juga bergelar penulis.

 

Fattah Amin

Fattah pernah menulis sebuah buku bertajuk 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin diterbitkan pada tahun 2017. Ia menimbulkan kontoversi kerana terdapat pihak yang beranggapan isi kandungan buku tersebut tidak setimpal dengan harganya. 

image is not available
Gambar Fail

Antara kritikan paling pedas diterimanya adalah beberapa ciapan di laman sosial yang mengatakan penghasilan buku daripada kata beberapa baris itu dianggap membazir dan boleh membuatkan pokok menangis. 

Namun begitu, buku tersebut meraih kategori Buku Popular Anugerah Buku Negara. Bukan itu sahaja, buku tersebut turut terjual sehingga 5,000 naskah.

 

Hafiz Hamidun

Buku bertajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun itu menghimpunkan kata-kata positif yang merangkumi pelbagai topik terutamanya motivasi kehidupan. 

image is not available
Gambar Goodreads

Buku terbitan Dubook Press ini juga sempat mencipta kontroversi kerana ramai yang beranggapan isi buku tersebut yang dipenuhi dengan gambar swafoto artis tersebut tidak setimpal dengan harganya iaitu RM30. 

Namun begitu, buku tersebut laris manis dan terjual sehingga 10,000 naskhah. 

 

Datuk Fazley Yaakob

Selain bernyanyi, Fazley juga merupakan seorang cef. Fazley menulis sebuah buku resepi bertajuk My Sucre Story menceritakan perjalanannya dalam bidang masakan. 

image is not available
Gambar Twitter @fazleyyaakob

Selepas memenangi MasterChef Selebriti di Malaysia, Fazley kemudian membuat keputusan untuk mendalami bidang masakan di Paris. 

Dalam buku ini juga, Fazley berkongsi lebih daripada 35 buah resepi tempatan, pastri Perancis dan makanan Asia lain yang pernah disajikan di restorannya, SukaSucre Bistro. 

 

Puteri Balqis

Pelakon cilik yang pernah memenangi anugerah di Anugerah Televisyen Asia pada tahun 2014 ini pernah menerbitkan buku bertajuk 38 Poems Of Puteri Balqis

image is not available
Gambar Carousell

Bagi menampung kehidupannya seharian, Balqis pernah menjual bukunya di sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni dan Jalan Petaling. Sejak tahun 2018, Balqis memperlahankan karier lakonannya dan memberi fokus yang lebih kepada penulisan.

 

Mawi

Pernah mencipta fenomena ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2005, Mawi menulis sebuah buku bertajuk Mawi Dalam Lautan Manusia. Buku ini menceritakan pengalamannya daripada seorang anak Felda Taib Anak, Johor kepada seorang selebriti. 

Mawi, menceritakan secara jelas momen gila yang dihadapinya termasuklah jeritan peminat dan bagaimana setiap konsertnya dibanjiri manusia. 

Dengan harga RM45, Mawi berhasrat agar buku ini dibaca untuk dijadikan panduan, khususnya buat sesiapa yang ingin menjadi anak seni.

 

Siti Nordiana

Menulis autobiografi dan berkongsi pengalamannya bergelar seorang ibu tunggal, Siti Nordiana pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk Life Goes On.

image is not available
Gambar Shopee

Penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Nana itu mendedahkan mengambil masa dua tahun untuk menyudahkan tulisannya itu. Bukan itu sahaja, buku tersebut juga memenangi angerah Buku Umum Terbaik kategori Autobiografi di Anugerah Buku Negara pada tahun 2019.

 

Heliza Helmi

Selebriti ini memang sudah menulis beberapa buah buku sebelum ini. Antaranya Hijabsista Hirahsista, Inspirasi Cinta Dunia Glamor, Diari Heliza Helmi dan Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria.

image is not available
Gambar laman web pts.com.my

Heliza dikenali sebagai seorang penyanyi berhijab dan juga seorang sukarelawan. Maka, penulisannya sangat dekat dengan dua topik ini. Heliza juga pernah menulis beberapa buku bersama-sama kawan selebriti yang lain seperti Diana Amir dan Irma Hasmie.

 

Aznil Haji Nawawi

Jangan tak tahu, pengacara terkenal ini pernah menjadi wartawan dan berguru dengan penulis seperti Abd. Hadith dan Datuk Ahmad Taib di News Straits Times suatu ketika dahulu.

image is not available
Gambar Carousell

Pak Nil memang berbakat menulis dan pernah menerbitkan beberapa buku seperti novel Yo! Its me, Fifi dan Si Lembik.

 

Mizz Nina

Penyanyi Mizz Nina pernah tampil dengan buku debut bertajuk Light For The Lost Soul setebal 288 muka surat.

image is not available
Gambar laman web Imanshoppe.com

Pernah di puncak kejayaan dalam karier nyanyian, Mizz Nina berputar arah memberi fokus kehidupan dengan mencari cahaya ketenangan. Pengalaman hijrah inilah yang diceritakan Mizz Nina dalam buku berharga RM54 muka surat ini. - Getaran, 12 Jun 2022