Bomba selamatkan bayi lelaki terkunci dalam kereta

8 Jun 2022 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA - Anggota bomba membantu menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia setahun yang terperangkap dalam kereta ibunya di Jalan Taman Saujana, Bukit Katil di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang duduk dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dipercayai tidak sengaja tertekan butang kunci automatik ketika berada seorang diri di dalam kereta.

Pegawai Perhubungan AwamJabatan (JBPM) negeri, Mohd Hafifi Roslan berkata, sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan enam anggota diketuai komander operasi, Penguasa Kanan Bomba PBK ll (KUP), Riduan Ahmad digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.02 petang.

"Setiba di lokasi kejadian didapati seorang bayi lelaki terkunci dalam kereta berwarna merah.

"Anggota mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas," katanya.

Tambahnya, operasi tamat jam 2.29 petang dan bayi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan telah diserahkan kepada ibunya yang membuat panggilan kecemasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved