Mengemis 13 tahun, peminta sedekah jelaskan isu simpanan RM149,000

7 Jun 2022 • 4:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MENGEMIS adalah antara perbuatan yang biasa dilihat di pelbagai lokasi awam.

Orang kita yang prihatin sentiasa berkongsi rezeki memberikan pengemis wang agar wang dihulur membantu mereka mendapatkan sesuap nasi untuk kelangsungan hidup.

Selalunya, kehidupan peminta sedekah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun seorang pengemis di Indonesia ini yang beroleh ratusan juta rupiah.

Lapor Kompas TV, pengemis yang dikenali sebagai Lutfi Haryono, 47, mendedahkan sudah 13 tahun meminta sedekah.

Lutfi mempunyai wang simpanan sehingga 490 juta rupiah (anggaran RM149,069). Wang tersebut disimpan dalam dua buah akaun bank persendirian.

image is not available

Selepas menjadi tumpuan, ketua kampung memanggil Lutfi.

Mengakui kepada wartawan Kompas TV bahawa wang itu miliknya. Dia juga sempat mengeluarkan 120 juta rupiah pada 10 Mei lalu dan Rp150 juta pada beberapa hari lalu. Pengeluaran itu, kata Lutfi, digunakan untuk keperluan rumah tangga.

“Ya, ada, ia (pengeluaran) adalah untuk tujuan pengurusan rumah,” katanya lagi.

Dedahnya, dia boleh meraih 50,000 rupiah (RM15.20) sehari daripada mengemis.

Bagaimanapun wang berkenaan tidaklah dari mengemis semata-mata. Ia juga wang simpanan lelaki itu ketika bekerja di restoran dan kedai sejak beberapa dekad lalu.

Selepas menjadi tumpuan dan viral di media sosial, Lutfi mengakui sudah tidak akan mengemis lagi.

Malah dia akan bertukar profesion dengan membuka warung. Perancangan itu turut disokong ketua kampung yang bersedia menghulurkan bantuan.

image is not available
Kredit foto: Indonesia Post

Menurut Brigedier Polis Kota Timur, Romi Paera, Lutfi mula mengemis selepas berpisah dengan isterinya 13 tahun lalu.

Menurut Indonesia Post, lelaki itu ditangkap pihak berkuasa kerana didapati masih mengemis walaupun sudah berjanji tidak akan melakukannya kepada ketua kampung. Tidak hanya itu, lelaki berkenaan dikatakan mempunyai saman tertunggak.

Tidak lama dulu, isu mengemis pernah mendapat perhatian ramai kerana ia dikatakan jalan pintas sesetengah golongan meraih pendapatan lumayan. Ada yang memperolehi sehingga RM700 selama 12 jam!

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mengemis dan meminta sedekah tanpa keperluan dan darurat adalah haram dan dilarang di dalam Islam.

"Namun, sekiranya terdapat keperluan yang mendesak maka ia adalah dibolehkan. Kita juga digalakkan untuk memberi sedekah dan menginfakkan harta kepada golongan yang memerlukan, namun tidak meminta-minta seperti pengemis," katanya.

Ajaran agama Islam menyuruh umatnya sentiasa bekerja dan berusaha dalam meneruskan kehidupan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI