Video dua mangsa dera, ugut dengan ‘stun gun’ berlaku di luar negara

2 Jun 2022 • 11:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Polis mengesahkan dua video melibatkan dua mangsa yang diugut dan didera dengan alat renjatan elektrik (stun gun) yang tular di media sosial baru-baru ini berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita bukan warga Malaysia.

Beliau berkata polis mengambil maklum mengenai penularan dua video terbabit.

“Video pertama berdurasi 54 saat melibatkan mangsa wanita dipercayai warga Vietnam manakala mangsa dalam video kedua yang berdurasi seminit dan 47 saat pula adalah lelaki.

“Kedua-dua mereka digari di atas katil dan diugut dengan stun gun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abd Jalil menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan video-video yang tidak diketahui kesahihannya itu kerana dikhuatiri akan mencetuskan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video berkenaan diminta tampil menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved