MBSJ anjur saringan kesihatan percuma sempena bulan kesedaran mental

13 Jun 2022 • 10:57 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2022 Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu di hantaran Facebook berkata program yang berlangsung di Palazzo Mall bertemakan ‘Kesihatan Mental dan Generasi Baru’.

“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya taklimat oleh Pusat Kaunseling Selangor dan Jabatan Psikatari dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur.

“Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung, pameran kesedaran mental, pertandingan mewarna dan kaunter permohonan atau pembaharuan lesen anjing,” tulisnya.

MBSJ juga berterima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan program pada hari berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved