Sistem pengurusan pintar diperluas, efektif atasi isu jalan raya

3 Jun 2022 • 12:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor bakal memperluaskan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar melalui integrasi dengan teknologi baharu bagi mengatasi masalah jalan raya negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata kamera pintar, kamera 360, dron dan teknologi cerapan AI akan digunakan supaya tindakan segera dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tambah Dato’ Seri Amirudin Shari, pengguna juga boleh membuat laporan aduan apabila integrasi media sosial yang dibangunkan kelak.

“Hasilnya, pengurusan jalan negeri kelak akan lebih efektif, menyeluruh dan berkonsep ‘real-time solution’.

“Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanfaatkan teknologi ini,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Amirudin usaha itu selaras visi Smart Selangor 2025 yang bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan rakyat, malah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri mendepani perubahan zaman.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved