“Macam ‘Style’ Budak Lepak Kompleks ‘Mall'” – Berfesyen Sampai RM99K, Netizen Perli Gaya Lelaki Nampak Murahan

5 Jun 2022 • 7:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik seorang lelaki di akaun TikTok mendapat perhatian ramai netizen selepas dia menunjukkan gayanya ‘top to toe’ dengan jumlah keseluruhan lebih RM98,000.

Menerusi rakaman itu, lelaki yang memakai t shirt berwarna ‘maroon’ itu menyenaraikan setiap barang dipakainya berserta jumlah harga ‘item’ tersebut.

Berikut adalah harga barangan yang dibelinya itu:

  • T shirt Sacoor – RM600
  • Seluar Uniqlo – RM149
  • Beg Dior: RM8,500
  • Jam tangan Rolex – RM80,000
  • Kasut Dior – RM5,000

Bagaimanapun, perkongsian lelaki berkenaan tentang jumlah harga barangan miliknya itu menerima respon kurang memuaskan daripada netizen.

Video itu turut mendapat perhatian ramai di Instagram di mana rata-ratanya memerli tindakannya itu kerana bersifat riak selain turut mengkritik gayanya berfesyen kerana tidak ‘smart’.

Menurut mereka, meskipun dia sudah menghabiskan puluhan ribu ringgi namun ‘taste’ dan gayanya nampak seperti murahan.

image is not available

image is not available

Beberapa netizen malah sempat berseloroh dan ‘tag’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan lelaki tersebut memiliki kekayaan sebegitu pada usia yang muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Tak Malu Betul" - 'Show Off' Beli Rumah Umur 22 Tahun, Netizen Kantoikan 'Youtuber' Sebenarnya Sewa Je!