Ronaldo pacu kemenangan Portugal

Football
6 Jun 2022 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

[DIKEMAS KINI] PENYERANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terus mengekalkan tahap ketajamannya apabila membantu pasukannya mengatasi Switzerland 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A2 Liga Negara-Negara Eropah di Estadio Jose Alvalade, Lisbon pada Isnin.

Dua lagi gol skuad kendalian Fernando Santos itu dijaringkan oleh William Carvalho dan Joao Cancelo.

Sementara itu, Santos yang bersama Ronaldo menghadiahkan kejayaan Euro 2016 buat Portugal mengakui, dia tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan ketokohan penyerang Manchester United tersebut.

"Sejujurnya saya tidak tahu nak kata apa lagi mengenai Cristiano Ronaldo. Saya ulangi sekali lagi bahawa dia adalah pemain terbaik dunia.

“Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai dia (Ronaldo)? Anda semua telah melihat sendiri aksinya hari ini (Isnin).

“Saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, cuma saya mahu mengulangi kenyataan saya bahawa dia merupakan antara pemain terbaik dunia,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal mengetuai liga dengan mengumpul empat mata sementara pasukan tempat kedua Republik Czech diikuti Sepanyol dan Switzerland.

Portugal menerima kunjungan Republik Czech dalam perlawanan seterusnya manakala Switzerland melayan Sepanyol di Geneva.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved