“Bapak Main TikTok Boleh” – Hidup Dengan Cara Zuhud, Netizen Kesian Dengan Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad

3 Jun 2022 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi nasyid kontroversi, Suhaimi Saad sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia memilih untuk hidup dengan cara ‘zuhud’ bersama isteri dan anak-anak.

Antara yang diamalkan oleh Suhaimi dan isterinya, Ina Naim adalah tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mendapatkan suntikan vaksin buat anak-anaknya selain turut tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

image is not available 1 minggu lalu

"Berjawatan Pun Amik Rasuah.." - Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master & PhD

Malah, menerusi ‘live’ baru-baru ini Suhaimi turut mendedahkan rumah mereka tidak mempunyai mesin basuh atau peti ais.

Mengetahui tentang hal itu, ramai netizen menyuarakan rasa risau mereka terhadap nasib empat anak pasangan ini di masa akan datang.

Mereka turut mengasihani nasib Ina kerana mendapat suami yang menurut mereka seorang lelaki ‘pemalas’.

image is not available

Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing tentang konsep zuhud diamalkan Suhaimi bersama keluarganya itu.

Ada yang tidak bersetuju dan berkata sesetengah perkara tidak sesuai lagi diguna pakai pada zaman sekarang.

Selain itu, sesetengah netizen memerlinya kerana ada menggunakan barangan yang tidak patut dipakai jika benar-benar mahu mengamalkan zuhud.

Malah, segelintir turut mengkritiknya ‘bermain’ TikTok sedangkan anak tidak pula dihantar bersekolah.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat netizen sepatutnya tidak masuk campur dan menilai kehidupan mereka hanya berdasarkan video.

image is not availableimage is not available