Keputusan SPM diumumkan 16 Jun ini

7 Jun 2022 • 3:03 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan pada 16 Jun, Khamis hadapan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan, memberitahu calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan SPM dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi, manakala slip keputusan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos.

Semakan juga turut boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip mesej SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Selain itu, calon sekolah & persendirian boleh mendapatkan keputusan melalui semakan secara atas talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang pada 24 Jun.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved