
KAMPUNG Buayan, salah satu daripada 10 perkampungan hutan di sepanjang Laluan Garam Banjaran Crocker, bakal menjadi hab organik Sabah dengan wujudnya Ladang Organik bersepadu yang sudah mengenal pasti kira-kira 20 petani sebagai perintis projek itu.
Kampung hutan lain yang terletak di laluan garam itu ialah Terian, Longkogungan, Kalanggaan, Kionop, Pongobonon, Tiku, Babagon Laut, Timpayasa dan Pataan.
Projek itu telah mengenal pasti tiga tanaman utama sebagai tumpuan ladang organik iaitu padi bukit, kopi dan ikan eksotik spesies Pelian atau Emparau. Tanaman lain yang turut akan diusahakan secara organik ialah sayur-sayuran liar atau dipanggil ‘sayur kampung’ seperti avocado, takob-akob dan halia.
