Lelaki mengaku bersalah curi wang, rosakkan mesin ATM

7 Jun 2022 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Tertuduh, Muhammad Fazlan Sha’ari, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Amal Razim Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Fazlan didakwa dengan niat melakukan cubaan mencuri wang di dalam sebuah mesin ATM milik seorang lelaki di sebuah bank di Tanah Merah dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu turut didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan sebuah mesin ATM di sebuah bank di Tanah Merah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Fairuz Rosly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk pertuduhan pertama, Muhammad Fazlan didakwa mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua, lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bank berkenaan jam 1.45 pagi pada 18 Mei lalu.

Mahkamah bagaimanapun, tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman pada 14 Jun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved