Sambungan bicara kes Phillip Among 21 Jun

3 Jun 2022 • 3:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sambungan perbicaraan seorang ketua teknikal bagi pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa atas empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau Negeri 2021, ditetapkan pada 21 – 22 Jun tahun ini.

Tarikh itu diberikan untuk sambungan perbicaraan Phillip Among (gambar) apabila perbicaraan ditangguhkan bulan lalu kerana keadaan kesihatan saksi pertama dan salah seorang peguam bela Phillip.

Perbicaraan Phillip telah pun bermula pada 12 April tahun ini selama tiga hari di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie dan setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi dalam perbicaraan itu.

Phillip, 52, menghadapi empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau pada 19 Mei 2021 pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, dalam sebuah kereta bergerak semasa dalam perjalanan dari tempat makan malam ke sebuah pejabat lama di Bandaraya dan di sebuah pejabat di Metro Town.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Phillip pada 10 Jun 2021 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Dalam kes lain, seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Riduwan Jumat yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Dia didapati mengambil dadah itu pada 8 Okt 2021 selepas air kencingnya disahkan positif dadah di balai polis di sini.

Mohd Riduwan mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah itu.

Mahkamah memerintahkan Mohd Riduwan menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.