DBKL nafi lantik pemaju projek lampu isyarat bernilai RM30.75 juta

LocalPolitics
12 Jun 2022 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak melantik syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) melakukan kerja bagi agensi tersebut.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memberikan respon berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tentang dakwaan kontrak RM30.75 juta untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang.

"Kami ingin merujuk kepada artikel di beberapa media yang menyatakan SCIB akan melaksanakan kerja-kerja untuk DBKL.

"Pihak DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melantik SCIB atau anak-anak syarikatnya untuk melaksanakan kerja-kerja bagi pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan tentang kontrak RM30.75 juta yang diberikan oleh DBKL kepada sebuah syarikat untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang.

Lip Eng berkata, kos tersebut terlalu mahal dan meminta DBKL bersikap telus untuk mendedahkan butiran kerja yang terlibat dan penetapan harga.