PM beri kata semangat kepada Harimau Malaya

8 Jun 2022 • 9:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang menentang pasukan Turkmenistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia malam ini.

Beliau menerusi catatan di Facebook malam ini berkata: "Semoga berjaya! Kepada semua pemain, sematkan tekad dan semangat untuk mengharumkan nama negara. Saya doakan agar kemenangan berada di pihak kita”.

Menerusi catatan sama, Ismail Sabri turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama bersatu menyokong skuad kebangsaan itu.

Perlawanan Harimau Malaya menentang Turkmenistan malam ini adalah perlawanan sulung kempen Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved