Pelan antirasuah bagi Jabatan Perikanan, tiga agensi

LocalPolitics
8 Jun 2022 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian dan Perikanan melancarkan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Perikanan dan tiga agensi di bawah kementerian itu, Selasa.

OACP ialah dokumen asas pencegahan rasuah di peringkat organisasi untuk membendung kelemahan dan isu berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam sesebuah organisasi.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata, OACP tersebut adalah lanjutan kepada OACP untuk kementerian itu yang dilancarkan pada 27 Ogos tahun lepas.

“Usaha berterusan kementerian untuk membangunkan dokumen antirasuah sendiri di semua peringkat menunjukkan komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan dan lebih telus.

“Pada masa sama, OACP ini mencerminkan kementerian, serta jabatan dan agensi di bawahnya, sebagai organisasi bebas rasuah yang mempunyai nilai integriti yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Integriti kementerian di sini, pada Selasa.

Beliau menggesa semua kakitangan kementerian, dan jabatan serta agensi di bawahnya, sentiasa menjaga integriti dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program dalam projek pembangunan.

Jeffrey turut mengucapkan terima kasih kepada pejabat SPRM Sabah dan Unit Integriti dan Tadbir Urus Sabah atas sokongan dan bantuan dalam penganjuran majlis tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.