Janushaa, graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS

13 Jun 2022 • 10:07 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Bukan mudah bagi kaum wanita untuk diterima masuk menyambung pengajian ketenteraan di luar negara kerana mereka disifatkan sebagai kaum yang lemah.

Bagaimanapun, jika menepati syarat pasti negara akan menghantar wakil ke sana.

Baru-baru ini graduan wanita Malaysia, Janushaa Bala Krishnan Muthiah sudah menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bertempat di Annapolis, Maryland.

Janushaa merupakan bekas pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur bertolak ke AS pada 2018.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan ini mendapat inspirasi untuk menjadi seorang tentera daripada datuknya yang berjaya menerbangkan helikopter Nuri semasa pemberontakan berlaku pada 1980-an di utara Malaysia.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini terpilih setelah melepasi ujian-ujian yang ketat seperti saringan kecergasan, kecerdasan dan temu duga.

“Terdapat banyak lapisan temu duga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek.

“Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperti tekan tubi, berenang dan berlari,” katanya.

Info

Malaysia mula menghantar pelajar ketenteraan ke akademi tentera prestij AS sejak 1971, namun Janushaa menjadi wanita pertama berjaya diterima masuk untuk menyambung pengajian di sana.

Artikel berkaitan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved