1,571 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

13 Jun 2022 • 10:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 1,571 kes semalam, berbanding 1,709 kes hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,526,298 kes.

Kes aktif Covid-19 setakat semalam adalah 22,395, turun 5.8 peratus berbanding 14 hari lepas dengan 21,325 sedang menjalani kuarantin kendiri.

Selain itu, sebanyak 18 kes di tempatkan di di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 976 kes menerima rawatan di hospital dan 26 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data Covidnow menunjukkan satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,712 kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved