Monitor Permainan Video Alienware 25 Baharu Dilancarkan Dengan Skrin 240Hz

TechnologyDigital
3 Jan 2020 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama Alienware terkenal dengan aksesori komputer yang menyasarkan golongan peminat tegar permainan video. Semalam mereka mengumumkan model kemas kini untuk monitor Alienware 25 dengan rekaan lebih agresif tetapi mengekalkan skrin dengan kadar sedar semula 240Hz.

image is not available
Dua model dengan skrin sebesar 25 dan 27 inci ini dilancarkan sebelum acara CES 2020 yang akan berlangsung minggu hadapan. Rekaan bahagian tapak dan tengkuk kini lebih selari dengan komputer riba Alienware 51m yang dilancarkan sebelum ini. Sistem lampu RGB berbentuk bujur digunakan pada tengkuk monitor.

image is not availableSkrin berteknologi IPS ini sekadar menyokong resolusi maksimum HD penuh sahaja tetapi hadir dengan AMD FreeSync serta masa tindak masa 1 ms. Monitor Alienware 25 akan mula dijual bermula Mac 2020 pada harga bermula dari $500 (~RM 2047) sebuah.

View Original Article