Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia: Bapa Adib

28 Sep 2019 • 11:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu dan peguam akan memaklumkan apa tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

"Langkah seterusnya saya tidak tahu lagi kena tanya peguam kami dahulu.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan dan menyokong kami baik dari depan serta belakang. Terima kasih," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya bahawa kematian Allahyarham Muhammad Adib akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib ditarik keluar, dihentak pada hujung daun pintu EMRS

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan blunt chest trauma dialami Allahyarham Muhammad Adib disebabkan Allahyarham ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancangan untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam masa terdekat, Mohd Kassim berkata, beliau akan mengikut nasihat peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Air mata peguam, tunang mengalir