Lebih 3,000 maut akibat Covid-19 di AS

31 Mar 2020 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Jumlah korban akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) melebihi 3,000 orang, menurut Pusat Sains dan Kejuruteraan, Johns Hopkins University (CSSE).

Setakat malam semalam (0130 GMT pada Selasa), AS melaporkan lebih 163,000 kes disahkan dengan 3,008 kematian, lapor agensi berita Xinhua.

New York mencatatkan kematian dan kes jangkitan tertinggi, masing-masing lebih 67,000 dan 1,200.

Di seluruh dunia lebih 784,000 jangkitan dilaporkan dengan 37,638 kematian manakala lebih 165,000 pesakit sembuh. - Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved