Budak enam tahun parah diserang gelandangan di AS

12 Oct 2019 • 7:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

QUEENS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Amerika Syarikat cedera parah diserang seorang gelandangan yang mempunyai sejarah penyakit mental.

Menurut polis, dalam kejadian Khamis lalu, seorang gelandangan berusia 35 tahun mendekati mangsa yang sedang duduk di tangga rumah datuknya di Queens, New York sebelum mengangkat lalu menghempasnya ke lantai konkrit.

Abang mangsa kemudian berlari masuk ke dalam rumah dan memberitahu datuknya, Rabbi Naftali Portnoy yang kemudian menghubungi pihak polis.

Suspek dilaporkan berjaya ditahan sementara kanak-kanak berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan akibat pendarahan otak dan kontusi pada wajah.

"Tolong doakan cucu saya," kata Portnoy selepas serangan terbabit.

Sementara itu, sumber mengatakan suspek mempunyai sejarah penyakit mental dan pernah ditahan kerana melakukan serangan pada Januari tahun ini. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved