Mangsa banjir di Johor meningkat 91 orang

27 Oct 2019 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir kembali meningkat kepada 91 orang daripada 21 keluarga selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pontian dibuka semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat jam 8 pagi ini, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya itu menempatkan penduduk dari lima kampung yang dibuka pada jam 6.45 petang semalam.

Katanya, mangsa yang terlibat penduduk dari Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya, Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Pak Khalid.

“Seramai 75 mangsa daripada 18 keluarga dari lima kampung ini ditempatkan di PPS ekoran hujan lebat bermula jam 3 petang semalam.

“Selebihnya, 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang mengalami kejadian ribut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved