Kami yakin ramai di kalangan pembaca yang menggunakan fungsi log masuk menggunakan akaun Facebook pada pelbagai laman web dan aplikasi kegemaran. Ramai yang mungkin tidak menyedari apabila ini dilakukan, Facebook dapat menjejak aktiviti anda dan kemudiannya menyasarkan iklan yang relevan selari dengan data yang dikumpul. Hari ini Facebook mengumumkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna melihat dan mengawal data yang dikongsi oleh mereka dengan aplikasi lain.

Buat masa ini fungsi ini telah diaktifkan kepada pengguna di Ireland, Korea Selatan dan Sepanyol sebelum diberikan kepada pengguna global berperingkat dalam bulan-bulan mendatang.
