Tiada istiadat angkat sumpah menteri hari ini

6 Mar 2020 • 10:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Hafiz Abdul Halim mengesahkan tiada istiadat angkat sumpah menteri Kabinet hari ini seperti khabar angin yang tersebar.

"Khabar angin mengatakan hari ini ada angkat sumpah menteri, tidak betul ya," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membentuk barisan Kabinetnya selepas Perikatan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan awal minggu ini.

Ahad lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kemuncak krisis politik menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri sekali gus menyebabkan barisan menteri Kabinet digugur daripada jawatan.

Bagaimanapun, ia berakhir apabila Al-Sultan Abdullah menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selepas semua pihak diberikan ruang untuk menyerahkan nama calon.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved