Samsung Menghantar Notifikasi “1” Secara Mengejut Ke Peranti Galaxy Seluruh Dunia

TechnologyDigital
20 Feb 2020 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy, mungkin anda telah menerima notifikasi secara mengejut hari ini, yang memaparkan angka “1” sebanyak dua kali. Notifikasi ini hadir daripada aplikasi Find My Mobile yang terdapat pada peranti Samsung Galaxy.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui mengapakah notifikasi ini dihantar. Berkemungkinan Samsung terhantar notifikasi berkenaan secara tidak sengaja ketika melakukan kemaskini atau ujian dalaman.

Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini. Untuk pengguna yang menerimanya, apabila tap pada notifikasi berkenaan, ia sekadar memadamkannya sahaja dan tiada sebarang perkara lain yang berlaku pada peranti.