Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara

28 Jun 2019 • 3:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.

"Ancaman memang ada, kerja SPRM memang ada cuma lebih tinggi sewaktu siasatan SRC dan 1MDB.

"Saya juga terima ancaman bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. Saya tak mahu bongkar lagi, biarlah kes ini diadili di mahkamah," katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian, di Kompleks Media Karangkraf di sini hari ini.

Beliau juga menjadikan perkara yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran besar dalam kerjayanya memerangi rasuah.

"Apa yang berlaku pada masa lepas saya gunakan untuk pastikan SPRM benar-benar bebas dan jalankan tugas berkesan," katanya