Lori terbalik dekat terowong, pemandu tersepit

8 Dec 2019 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Terowong Jalan Tun Razak di sini terhalang seketika selepas sebuah lori tiga tan terbalik berhampiran terowong itu lewat malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, Mohd Fahmi Abd Rahim berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan pada jam 12.11 malam dan seramai 13 anggota dari BBP Jalan Tun Razak dan Keramat dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, lori berkenaan dipercayai terbabas sebelum terbalik dan menyebabkan pemandunya tersepit.

image is not available
Usaha mengeluarkan mangsa dijalankan pasukan menyelamat dalam kejadian lori terbarik berhampiran terowong Jalan Tun Razak. - Foto JBPM KL

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2. 18 pagi dan mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah kaki.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved