317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti Covid-19

16 May 2020 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes.

"Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.

"Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.

"Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved