Anggota Rela maut angkara treler mengundur

31 Dec 2019 • 8:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA KANGSAR - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah treler di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong, lewat petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7.50 petang itu, Jamalaudin Ahmed, 55, menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku akibat kecuaian pemandu treler yang cuba memarkir kenderaan berat itu dengan cara mengundur dalam keadaan bahagian treler melintang di tengah jalan.

"Ketika sedang mengundur itu, tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan, gagal mengelak lalu merempuh sisi kanan treler berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 43 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved