Dr Mahathir ucap takziah kepada rakyat Jepun

29 May 2019 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe dan rakyat negara itu atas insiden serangan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kawasaki, berhampiran Tokyo, semalam.

Dalam insiden tersebut di luar sekolah rendah Caritas, seorang suspek berusia 50-an, mengamuk dan menyerang 16 murid yang sedang menunggu bas sekolah, mengakibatkan seorang murid berusia 12 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun terbunuh.

"Takziah saya kepada @AbeShinzo (Shinzo Abe) dan rakyat Jepun khususnya keluarga mangsa insiden tikaman di Kawasaki semalam.

“ Saya berdoa Jepun akan pulih daripada tragedi ini dan bersabar,” Dr Mahathir berkongsi tweet hari ini.

Dr Mahathir akan memulakan laswatan kerja tiga hari ke Tokyo mulai hari ini bagi menyertai Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25.

Media melaporkan selepas serangan itu, suspek bersenjatakan dua pisau menikam dirinya di bahagian leher sebelum meninggal dunia di hospital. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved