Oppo Find X2 Lite Kini Rasmi – Snapdragon 765, 48MP & VOOC 4.0

TechnologyDigital
19 Apr 2020 • 7:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Oppo Find X2 adalah peranti mercu Oppo yang premium. Ia juga adalah peranti Snapdragon 865 pertama yang dilancarkan di Malaysia. Terkini, Oppo telah menambah satu lagi ahli dalam siri Find X2 – iaitu Find X2 Lite.

image is not available

Berbeza dengan Find X2 dan Find X2 Pro, Find X2 Lite adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765. Ini bermakna peranti ini sedia menggunakan rangkaian 5G. Skrin yang digunakan adalah 6.4-inci 60Hz dari panel OLED bertakuk kecil. Untuk memori, ia menggunakan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

image is not available

Antena pada direka pada sekeliling peranti bagi memastikan rangkaian sentiasa mudah dicapai. Tetapan kamera adalah unik dan mungkin menarik, iaitu kuad-kamera dari lensa 48MP + 8MP sudut ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa potret gaya retro. Kamera swafoto pula adalah 32MP.

image is not available

Bateri berkapasiti 4025mAh dimuatkan dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 20 minit. Oppo Find X2 Lite ditawarkan dalam dua warna Pearl White dan Midnight Black dan dijual pada harga sekitar RM2376.