Twitter Kelak Akan Memberikan Lebih Konteks Kenapa Sesuatu Tweet Tidak Terpapar

TechnologyDigital
20 Jul 2019 • 9:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Twitter, mungkin ada kala anda terjumpa beberapa Tweet yang dilabelkan sebagai “This Tweet is Unavailable”.

Perkara ini terpapar disebabkan oleh beberapa perkara, seperti mungkin kerana ia dikongsikan daripada akaun yang “dikunci” (peribadi), Tweet yang telah dipadam, atau mungkin disebabkan oleh beberapa kata kunci yang tidak ingin diikuti oleh seseorang pengguna.

image is not available

Namun, perkara berkenaan tidak dilabelkan, dan sering membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa Twitter memaparkan Tweet dalam bentuk berkenaan.

Menyentuh mengenainya, Twitter mengatakan mereka akan mengatasi masalah berkenaan, dan akan memaparkan lebih konteks serta info dalam memberitahu kenapa sesuatu Tweet tidak dipaparkan kepada anda.

Perubahan ini dijangka diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi.