Selain menguji kemampuan kamera peranti, DxOMark menguji kualiti audionya juga. Sedia maklum, Samsung Galaxy S20 Ultra merupakan peranti mercu terbaru Samsung yang menawarkan spesifikasi premium termasuk sokongan pembesar suara stereo. Pembesar suara ini ditempatkan pada dua tempat berbeza iaitu satu pada bahagian hadapan manakala satu lagi di bahagian bawah.

Pada keupayaan keupayaan memainkan semula audio, Samsung Galaxy S20 Ultra mencatatkan skor sebanyak 71 mata, manakala keupayaan rakaman audio pula, peranti ini mendapat skor sebanyak 65 mata.
Ini meletakkan S20 Ultra di tangga keenam dalam senarai peranti dengan audio terbaik di belakang Xiaomi Mi 10 Pro, Huawei Mate 20X , Apple iPhone XS Max Apple iPhone 11 Pro Max dan Asus ROG Phone 2
