Gadis maut tergelincir daki Bukit Banang

14 Nov 2020 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BATU PAHAT - Seorang gadis maut selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Banang di sini pagi tadi.

Mangsa, Aina Nabilah Yusof, 20, maut selepas cedera parah pada anggota badan dan kepala.

Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jatuh gaung digerakkan.

Katanya, 16 anggota bersama sebuah jentera FRT, dua EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dan BBP Penggaram ke lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai tergelincir ketika melalui laluan curam bukit sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter.

"Mangsa berjaya dibawa naik menggunakan tali dengan kaedah 'hauling' dan 'lowering'," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ditamatkan pada jam 5.18 petang tadi," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved