Hakim dijangka didakwa bersama TPR, peguam esok

5 Nov 2019 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Seorang hakim Mahkamah Sesyen bersama dua pegawai perundangan dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, hakim, timbalan pendakwa raya (TPR) dan peguam berkenaan akan didakwa pada jam 9 pagi esok.

"Ketiga-tiga individu tersebut bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009," katanya hari ini.

Pada 22 Julai lalu, SPRM menahan hakim yang juga Koroner bagi sebuah kes inkues, dua pegawai perundangan terbabit dan beberapa anggota polis selepas disyaki terlibat rasuah untuk melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dalam operasi itu, SPRM merampas wang tunai RM100,000 dengan pecahan RM17,500 dirampas daripada peguam manakala RM82,500 dijumpai daripada TPR.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved