Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan

21 May 2019 • 9:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kereta lain di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.47 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazuri Mat Zain dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala beberapa pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan manakala yang cedera diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved