Budak lima tahun nekad pandu kereta demi Lamborghini

6 May 2020 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SALT LAKE CITY - Anggota polis di Utah, Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun memandu kenderaan SUV yang ditahannya di sebuah lebuh raya.

Jurucakap Peronda Lebuh Raya Utah memaklumkan kanak-kanak itu bertindak demikian selepas bertengkar dengan ibunya yang enggan membelikannya kereta Lamborghini ketika kejadian pada Isnin lalu.

“Dia nekad memandu kereta itu menuju ke California untuk membelinya sendiri walaupun hanya mempunyai wang AS$3 (RM13). Kanak-kanak tersebut sudah memandu sejauh tiga hingga lima kilometer dari rumah keluarganya sebelum ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Difahamkan, tiada insiden kemalangan berlaku sepanjang ‘pemanduan singkat’ tersebut. - AFP


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved