Tubuh pasukan petugas khas siasat kebakaran rumah kedai

15 Aug 2019 • 1:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian kebakaran rumah kedai di Taman Bukit Indah, di sini, yang meragut dua nyawa, 12 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, pasukan petugas khas tersebut ditubuhkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 13 Ogos lalu.

"Pihak IPK telah menubuhkan task force untuk menangani isu ini dan sedang membuat siasatan lanjut.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Bukit Indah, di sini, dilaporkan terbakar disyaki berpunca dari luar premis bahagian belakang tingkat bawah bangunan.

Dalam kejadian itu, terdapat lima mangsa di mana tiga daripadanya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menerima rawatan.

Manakala dua wanita ditemui telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis yang diteliti kelihatan seorang lelaki telah membawa botol plastik dipercayai mengandungi minyak untuk melakukan pembakaran kerana bau minyak di belakang premis tempat disyaki kebakaran mula berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua ditemui maut kebakaran rumah kedai


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved