WhatsApp Dijangka Memperkenalkan Kebolehan Menggunakan Akaun WhatsApp Sama Pada Multi-Peranti

TechnologyDigital
26 Jul 2019 • 11:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp pada hari ini mengehadkan penggunaan akaun WhatsApp pada hanya satu peranti sahaja pada sesuatu masa. Perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Menurut desas-desus baru daripada WABetaInfo, pihak WhatsApp diperkatakan sedang membangunkan sistem multi-platform yang baru.

Dengan ia kelak pengguna boleh menggunakan akaun WhatsApp sama pada pelbagai peranti pada waktu yang sama — lebih kurang seperti Telegram. Sebagai contoh, dengan perubahan ini, pengguna boleh menggunakan akaun WhatsApp sama pada telefon Android dan pada iPhone, pada waktu yang sama.

Pada masa yang sama, ia juga akan membolehkan pengguna menggunakan akaun WhatsApp di desktop tanpa memerlukan telefon mereka berhubung ke internet. Ini sekaligus membolehkan anda kekal berhubung walaupun telefon utama anda dengan akaun WhatsApp kehabisan bateri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi latar masa pengenalan ciri baru ini. Tetapi, perubahan ini semestinya sesuatu yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved