Telefon Pintar Apple Tahun Ini Mungkin Menggunakan Nama iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max

TechnologyDigital
15 Aug 2019 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penamaan peranti adalah penting bagi memudahkan proses promosi serta pemasaran. iPhone 2019 akan dilancarkan pada bulan September dan terdapat pelbagai spekulasi yang akan digunakan sejak Apple menggunakan sistem pengangkaan roman dua tahun lalu. Ura-ura terkini mengatakan tiga peranti yang akan dilancarkan tahun ini akan menggunakan nama iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max.

image is not available

Penggunaan nama ini ditemui oleh laman iPhonesoft.fr yang menemui stok senarai kerangka-kerangka untuk model iPhone tahun ini. iPhone 11 ialah peranti gantian untuk iPhone XR dengan skrin 6.1″. iPhone 11 Pro adalah model gantian untuk iPhone XS dengan skrin sebesar 5.8″. Akhir sekali iPhone 11 Pro Max pula model gantian untuk iPhone XS Max dengan skrin 6.5″. Kedua-dua model Pro akan dilengkapi sistem tri-kamera sementara iPhone akan menggunakan dwi-kamera dengan cagak berbentuk empat segi seperti yang telah tertiris sebelum ini.