Microsoft Akan Menghentikan Aplikasi Cortana Pada Android & iOS

TechnologyDigital
17 Nov 2019 • 1:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cortana adalah pembantu digital pertama yang boleh dikatakan benar-benar pintar. Ia boleh berbual dengan pengguna seperti bergurau, memimik sesuatu, menyanyi dan banyak lagi. Sudah tentu, fungsi utamanya adalah membantu pengguna memudahkan tugasan harian dengan arahan suara sahaja.

image is not available

Pada mulanya, Cortana hanya eksklusif untuk Windows Phone dan sistem operasi Windows. Aplikasi Android dan iOS hanya diperkenalkan selepas beberapa tahun. Tetapi kehebatan Google Assistant, Alexa atau juga Siri menjadikan Cortana satu pembantu digital yang lemah. Disebabkan itu, Microsoft akan menghentikan sokongan Cortana untuk Android dan iOS.

image is not available

Bermula 31 Januari 2020, tiada lagi aplikasi Cortana untuk Android dan iOS. Kemudian pelancar Microsoft Launcher pada Android, kelak akan dikemaskini tanpa Cortana. Cortana akan hanya boleh diakses melalui Windows sahaja. Peringatan, senarai dan tugasan akan diselarikan secara automatik pada aplikasi Microsoft To Do app.

image is not available

Perkara ini sebenarnya langsung tidak mengejutkan, kerana awal tahun ini Microsoft sudah pun mengalah dengan Cortana. Mereka tidak lagi menganggap Cortana ini sebagai produk pesaing dengan pembantu digital lain. Kemudian, pada bulan Julai – Alexa pula telah diintegrasikan dengan Alexa. Pengguna boleh jadikan Alexa sebagai pembantu digital utama.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Adakah anda salah seorang pengguna Cortana? Jika ya, ucapkan selamat tinggal dan siap sedia untuk Cortana dimatikan.