[VIDEO] Polis Israel tembak pemuda Palestin 'suka-suka' dikecam netizen

6 Nov 2019 • 10:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PALESTIN - Video yang memaparkan tindakan biadab anggota polis Israel terhadap seorang pemuda Palestin baru-baru ini yang tular di laman media sosial mengundang kemarahan netizen.

Video tersebut memaparkan beberapa anggota polis Israel menahan seorang pemuda Palestin dan kemudian meminta pemuda itu berjalan ke hadapan sebelum mereka bertindak menembaknya.

Dapat diperhatikan menerusi video tersebut, pemuda Palestin itu jatuh selepas ditembak peluru bersalut getah oleh anggota polis Israel yang dipercayai tindakan tersebut di sebuah terowong yang dipercayai sempadan Palestin, hanyalah sekadar suka-suka.

Namun selepas video tersebut mulai tular, difahamkan anggota polis yang merupakan wanita dipercayai telah dipecat, manakala beberapa lagi anggota lain pula dilucutkan jawatan.

Menurut jurucakap polis Micky Rosenfeld, kementerian kehakiman telah membuka siasatan terhadap kes tersebut yang memakan masa satu setengah tahun, lapor Daily Mail memetik sumber sebagai berkata.

Polis mengatakan yang pemuda terbabit tidak mengalami kecederaan yang teruk namun surat khabar tempatan melaporkan dia mengalami kecederaan dan luka yang teruk

Justeru Pertubuhan Palestin tidak hanya tinggal diam dengan mengutuk perbuatan pihak Israel dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan.