Covid-19: Kematian keempat dicatatkan di Singapura

2 Apr 2020 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SINGAPURA - Singapura mencatatkan kematian keempat akibat jangkitan koronavirus (Covid-19) melibatkan seorang lelaki Indonesia berusia 68 tahun.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pesakit berkenaan meninggal dunia pada jam 6.43 pagi ini selepas tujuh hari dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian itu menyatakan lelaki itu yang mempunyai sejarah diabetes dan darah tinggi, menerima rawatan di ICU sejak 26 Mac.

Pesakit itu dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada 22 Mac dan disahkan positif jangkitan virus itu pada hari yang sama.

Pemegang Pas Pekerja Singapura itu telah mengunjungi Indonesia dari 20 Januari hingga 16 Mac.

Setakat tengah hari Rabu (semalam), Singapura mencatatkan sebanyak 1,000 kes positif Covid-19 dan 245 orang pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved